Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Template

Powered by Blogger

Monday, July 18, 2011

Siapakah Abu Marwan Ibn Zuhr?

Abu Marwan Ibn Zuhr adalah seorang pakar perubatan, klinisian dan ahli parasitologi yang beragama Islam pada Zaman Pertengahan.Beliau amat cekap dalam pembedahan mayat dan faham tentang anatomi secara terperinci.Abu Marwan adalah ahli sains pertama yang membuat ujian pelbagai ubat pada haiwan sebelum menggunakan untuk manusia. Beliau juga merupakan ahli sains pertama yang memerincikan kudis buta serta tungau gatal, dan oleh sebab itu, beliau telah digelarkan sebagai ahli parasitologi yang pertama. Abu Marwan juga yang pertama memberi perincian terhadap pembedahan trakeotomi dan pengamalan memberi makanan secara langsung melalui gulet bagi kes-kes yang tidak boleh menyuap secara biasa. Tambahan pula, Abu Marwan menyempurnakan perincian klinikal mengenai ftisis usus, keradangan telinga tengah, perikarditis dan tumor mediastinum, di antara yang lain.
Sumbangan Abu Marwan telah dimasukkan ke dalam karya-karyanya yang agung; daripada karya-karyanya, cuma tiga buku masih wujud:
Kitab al-Taisir fi al-Mudawat wa al-Tadbir (Buku pemudahan mengenai terapeutik dan diet): Buku ini memerincikan keadaan patologi serta terapinya dan merupakan bukunya yang paling mustahak.
Kitab al-Iqtisad fi Islah al-Anfus wa al-Ajsad (Buku kursus tengah mengenai pemulihan roh dan badan): Buku ini memberi ringkasan mengenai penyakit-penyakit, terapeutik dan kebersihan yang dikarang semata-mata untuk orang ramai.
Kitab al-Aghthiya (Buku mengenai bahan makanan): Buku ini memerikan pelbagai jenis makanan dan ubat serta kesannya kepada kesihatan.
Pengaruh Abu Marwan ke atas perkembangan sains perubatan telah berlanjutan beberapa abad di seluruh dunia.

Read More......

Bangsa Arab sebagai pembawa obor Islamiah.


Sebelum kita memperkatakan sesuatu tentang sejarah hidup Rasulullah Shallallahualaihi Wasallam dan Semenanjung ‘Arab, di mana Baginda hidup dan dipilih sebagai Rasul, ada baiknya kalau kita cuba menyingkap hikmat-hikmat Allah, mengapa terpilihnya Rasulullah dan bumi ini dan bangsa ‘Arab pula sebagai pembawa obor dawah Islamiyyah.
Kita mesti mengetahui keistimewaan bangsa ‘Arab dan perangai serta tata penghidupannya sebelum Islam dan keadaan muka bumi (geografi) dan persekitarannya. Kemudian barulah kita membuat perbandingan dengan bangsa-bangsa yang hidup sezaman dengannya seperti Romawi, Greek dan India termasuk adat resam, tatasusila dan keistimewaan tamadun mereka.
marilah kita mengkaji secara sepintas lalu bangsa-bangsa yang hidup di sekitar tanah ‘Arab sebelum Islam:
Dunia di kala itu boleh dikatakan telah dikuasai dan dikepalai oleh dua negara yang gagah iaitu Parsi dan Romawi dan disenarai yang kedua pula ialah Greek dan India. Parsi di kala itu merupakan arena pertarungan agama dan falsafah yang beraneka corak. Pembesar dan pemerintah pada keseluruhannya menganut agama Majusi (Zuradisy) yang mana antara ajarannya menggalakkan lelaki berkahwin dengan ibunya, anak perempuannya atau adik dan saudara perempuannya. Empera Yazdajrid kedua yang memerintah di pertengahan abad kelima Masihi telah berkahwin dengan anak perempuannya. Bukan setakat itu sahaja malah tatasusila dan sopan-santun telahpun terpesong dan garis-garis yang bersifat kemanusiaan.
Mengikut apa yang ditegaskan oleh Al Imam Al Shahrastani dalam kitabnya yang berjudul Al-Milal Wa Al-Nihal, terdapat antara ajaran agama Mazdak yang menyebut bahawa kebebasan kaum wanita tiada hadnya. Begitu juga dengan kebebasan menggunakan harta benda dan seterusnya menjadikan wanita dan harta benda ini kepunyaan dan hak milik bersama, tidak ubah seperti air, api dan rumput di mana semua manusia boleh berkongsi tanpa sekatan. Seruan ini telah mendapat sambutan yang begitu hangat dan karangan mereka yang memang berhaluan demikian.

Kerajaan Romawi (Rome) pula begitu meluap-luap dengan jiwa dan semangat penjajahan dan bergelut dalam persengketaan agama dengan pihak Kristian negeri Syam (Syria) dan Mesir. Ia bergantung penuh kepada kekuatan angkatan tenteranya dan cita-cita penjajahannya yang berkobar-kobar dalam rangka percubaan memodenisasikan agama Kristian untuk disesuaikan dengan matlamat mencapai cita-cita dan kemahuannya. Negara ini juga berada dalam keadaan huru-hara dan kucar-kacir dan negara Parsi, yang hidup dengan segala kemewahan iaitu kemewahan dalam kemerosotan ekonomi dan pemerasan terhadap rakyat jelata. Kenaikan cukai yang begitu melambung tinggi merupakan suatu gejala yang biasa dan telah menjadi satu lumrah.

Greek tua pula tenggelam ke dasar lautan khurafat dan dongeng yang tidak memberi sebarang faedah dan natijah yang berguna sama sekali. Negara India pula di kala itu menurut Professor Abul Hassan Al Nadwi telah menegaskan bahawa ahli sejarah dan pengarang sebulat suara mengatakan yang India dipermulaan abad keenam Masihi telah terlantar ke lembah kemerosotan agama, akhlak dan kemasyarakatan. India bersama jiran tetangga dan saudaranya turut serta mengambil bahagian dalam memerosotkan akhlak dan kemasyarakatan.
Semenanjung ‘Arab di masa itu merupakan suatu kawasan yang tenang, jauh dan terpencil dan gejala-gejala huru-hara tadi. Bangsanya langsung tidak pernah merasai kemewahan dan kemajuan seperti Parsi; yang boleh membawa mereka ke arah kerosakan dan keruntuhan akhlak dan tidak pula mengagung-agungkan kekuatan tentera yang membolehkan mereka menjajah negara-negara di sekitarnya. Mereka juga tidak menganut falsafah dan ideologi yang beraneka ragam seperti Greek Tua yang menyebabkan mereka menjadi mangsa kepada dongengan dan khurafat.

Semenanjung ‘Arab di segi kedudukan muka buminya pula terletak di pertengahan bangsa bangsa tersebut (iaitu Parsi dan Rome) yang bergolak di sekelilingnya. Muhammad Al Mubarak seorang professor Mesir telah mengutarakan pendapat dengan katanya:

Orang yang memerhati dan memandang kepada bangsa ‘Arab akan dapat melihat bagaimanakah bangsa ‘Arab boleh berdiri di masa silam di tengah-tengah dua tamadun yang melebar di kiri kanan. Di sebelah kirinya tamadun barat yang keterlaluan telah cuba menciptakan gambaran dan imej manusia dengan alirannya yang kering pucat tak berhias dan tidak berjejas dengan hakikat keinsanannya. Di sebelah kanannya pula tamadun kerohanian dan kejiwaan yang melambung ke alam khayalan seperti yang terdapat di India, China dan sebagainya.”

1. Seperti yang diketahui di mana Allah Subhanahu Wataala telah menjadikan Baitul Haram itu tumpuan dan kesejahteraan untuk umat manusia seluruhnya dan merupakan rumah yang pertama untuk manusia beribadat serta mempraktikkan rukun-rukun agama. Sesungguhnya lembah Makkah ini telah menjalan dan melaksanakan seruan bapa para Anbiyaiaitu Sayyidina Ibrahim ‘Alaihi sallam. Tepat dan kena pada tempatnya, di mana kawasan yang mulia ini menjadi muara seruan agama Islam yang pertama iaitu agama Nabi Ibrahim dan juga tempat pengutusan Nabi yang terakhir. Kenapa tidak, bukankah Nabi Muhammad ini dari keturunan Nabi Ibrahim ‘Alaihi sallam?

2. Di segi kedudukan ilmu alam maka semenanjung ‘Arab ini telah dipilih untuk bebanan tanggungjawab dawah Islamiyyah, kerana situasi dan kedudukannya di tengah tengah berbagai bangsa. Ini menyebabkan penyebaran dawah Islamiyyah di kalangan bangsa-bangsa dan negara yang di sekelilingnya tersebar dengan mudah. Ini ternyata sekali bila kita mengkaji semula perjalanan dawah Islamiyyah di zaman permulaannya dan di zaman khulafa al Rashidin. Memang tepat seperti yang ditegaskan tadi.

3. Dan sebagai hikmat Ilahi juga yang menjadikan bahasa ‘Arab itu sebagai media dawah Islamiyyah dan bahasa yang pertama buat menerang dan mentafsirkan percakapan atau KalamullahAzza wa jalla untuk disampaikan kepada kita. Kalau kita perhatikan dengan teliti tentang keistimewaan bahasa-bahasa diikuti dengan perbandingan dengan bahasa ‘Arab, maka dengan jelas kita dapati yang bahasa ‘Arab mempunyai banyak keistimewaan yang sukar didapati dalam bahasa-bahasa lain. Maka sudah layak baginya untuk menjadi bahasa yang pertama dan utama untuk umat Islam di mana mereka berada.

Read More......