Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Template

Powered by Blogger

Monday, July 18, 2011

Siapakah Abu Marwan Ibn Zuhr?

Abu Marwan Ibn Zuhr adalah seorang pakar perubatan, klinisian dan ahli parasitologi yang beragama Islam pada Zaman Pertengahan.Beliau amat cekap dalam pembedahan mayat dan faham tentang anatomi secara terperinci.Abu Marwan adalah ahli sains pertama yang membuat ujian pelbagai ubat pada haiwan sebelum menggunakan untuk manusia. Beliau juga merupakan ahli sains pertama yang memerincikan kudis buta serta tungau gatal, dan oleh sebab itu, beliau telah digelarkan sebagai ahli parasitologi yang pertama. Abu Marwan juga yang pertama memberi perincian terhadap pembedahan trakeotomi dan pengamalan memberi makanan secara langsung melalui gulet bagi kes-kes yang tidak boleh menyuap secara biasa. Tambahan pula, Abu Marwan menyempurnakan perincian klinikal mengenai ftisis usus, keradangan telinga tengah, perikarditis dan tumor mediastinum, di antara yang lain.
Sumbangan Abu Marwan telah dimasukkan ke dalam karya-karyanya yang agung; daripada karya-karyanya, cuma tiga buku masih wujud:
Kitab al-Taisir fi al-Mudawat wa al-Tadbir (Buku pemudahan mengenai terapeutik dan diet): Buku ini memerincikan keadaan patologi serta terapinya dan merupakan bukunya yang paling mustahak.
Kitab al-Iqtisad fi Islah al-Anfus wa al-Ajsad (Buku kursus tengah mengenai pemulihan roh dan badan): Buku ini memberi ringkasan mengenai penyakit-penyakit, terapeutik dan kebersihan yang dikarang semata-mata untuk orang ramai.
Kitab al-Aghthiya (Buku mengenai bahan makanan): Buku ini memerikan pelbagai jenis makanan dan ubat serta kesannya kepada kesihatan.
Pengaruh Abu Marwan ke atas perkembangan sains perubatan telah berlanjutan beberapa abad di seluruh dunia.

0 comments:

Post a Comment